BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 24, 2009

Sejarah Kasut








Kasut Bundle

Terdapat pelbagai jenis kasut bundle untuk para peniaga contoh seperti

kasut sport,kasut kulit pejabat,safety boot dan lain barang lagi.Jika anda

sedang mencari pembekal atau peniaga kasut bundle yang menjual kasut

bundle.Disini adalah salah satu darinya.Tiada masaalah dengan kuantiti,berapa

banyak yang anda berminat saya boleh sediakan. Nak beli guni terus pon boleh

atau nak beli secara pilih kasut pon boleh,tiada masaalah..

Harga jangan bimbang,anda pasti berpuas hati.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya sekarang di talian..



Kasut Pelik

Inilah antara koleksi2 kasut yg pelik...yg jrg kita jumpa. Sapalah yg nk pakai kasut mcm ni ye

entah apa-apa. tergelak-gelak aku tengok "kasut" ni. ahahaha. comel. comel. i mean comel lah designers kasut ni [aminaka wilmont]. mana lah dapat idea design mende ni T_T menurut artikel yang aku baca tu katanya beauty hurts, so siapa sanggup pakai?

Bayangkan lah kawan-kawan semua pakai kasut pelik-pelik ni...Huhuhu!
Kalau lah dipakai haruslah dianggap "gila". Sanggup ker pakai?





Mari Pakai Kasut Tumit Tinggi

Seperkara yang saya menyampah bila menuruni tangga di stesen lrt atau monorel ialah kakak-kakak, atau mak cik-mak cik yang berjalan lemah gemalai sambil mengimbangi tubuhnya kerana berkasut tumit tinggi. Bukan sekali saya menyumpah dalam hati. Bukan, bukan saya perengus. Saya cuma benci bunyi kasut itu berketak-ketuk selain melambatkan pergerakan orang lain yang cekatan.

Pernah sekali saya 'tertonton' dalam rancangan bicara Oprah Winfrey bahawa kasut tumit tinggi menyebabkan kecacatan.

Sila baca laporan CAP di bawah, marilah pakai kasut tumit tinggi dan
cacatkan diri.

PULAU PINANG 8 Mei - Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.

Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya.

Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

''Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.


Kasut Selipar Jepun

Cuba anda lihat ke bawah sejenak. Lihat kaki anda. Apakah yang sedang mengalas kaki anda sekarang? Mungkin anda sedang memakai kasut, but, sandal ataupun hanya sekadar berkaki ayam. Mungkin ada juga yang sedang memakai selipar atau lebih spesifiknya, selipar Jepun.

Apakah selipar Jepun? Adakah ianya memang benar-benar berasal dan dicipta di Jepun? Apakah sejarah di sebalik penghasilan selipar yang mengalas kaki anda saban hari itu? Tanpa anda sedari, selipar Jepun yang tampak ringkas dan kecil nilainya itu sebenarnya menyimpan rahsia besar yang tidak diketahui umum. Namun, anda tidak perlu berasa cuak atau risau dengan persoalan-persoalan ini kerana segala jawapannya ada di sini dan semua misteri akan dirungkaikan satu persatu.

Perkataan ‘selipar’ tercipta seawal 1478 dalam bahasa Inggeris, iaitu berasal daripada perkataan ‘slip’ (sarung/menyarung), yang menggambarkan perbuatan menyarung kasut ke kaki. Selipar selalunya diperbuat daripada bahan-bahan yang lembut seperti kulit, kain kapas serta bertali dan tidak bertali. Sesetengah selipar, terutamanya yang digunapakai di kawasan-kawasan basah seperti di kolam renang, bilik air dan sebagainya diperbuat daripada plastik atau getah. Selipar secara umumnya mempunyai tapak yang nipis dan fleksibel dengan jejalur yang sedikit di tapaknya untuk menghalang pemakai daripada tergelincir. Berbanding dengan kasut dan but yang diperbuat daripada bahan tahan lasak serta mempunyai tapak yang tebal dan keras.

Di Malaysia, selipar yang paling popular dan sinonim dengan rakyat negara ini adalah selipar Jepun. Selipar Jepun yang lazimnya kita lihat adalah berbentuk ringkas dengan tali yang berfungsi mengekang kaki daripada terkeluar dari selipar. Tidak kira di mana sahaja kita pergi, pasti ada sahaja pemakai selipar Jepun. Namun begitu, walaupun ianya wujud dalam jumlah yang sangat banyak (lebih daripada jumlah penduduk Malaysia sendiri), kalangan masyarakat kita masih tidak tahu asal-usul selipar ini.

Dari sudut sejarah, salasilah penggunaan nama selipar Jepun masih bercanggah hingga ke hari ini. Terdapat banyak pandangan berbeza yang diutarakan berkenaan asal-usul perkataan ‘Jepun’ pada perkataan selipar Jepun itu sendiri. Walaubagaimanapun, antara pendapat munasabah yang boleh digunapakai ialah seperti berikut:

1) Selipar digunakan sebagai alat seksaan semasa zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu
pendapat ini adalah yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia apabila diajukan dengan persoalan sejarah selipar Jepun. Ia boleh dianggap paling hamper tepat kerana kebanyakan bukti-bukti lisan daripada orang-orang tua dan veteran perang dunia ke-2 mengatakan askar-askar Jepun pada waktu itu menggunakan selipar untuk menampar penduduk yang tidak akur pada arahan mereka. Lantas, penggunaan perkataan ‘Jepun’ dilihat sesuai untuk menggambarkan peranan selipar tersebut pada ketika itu. Tetapi, ada yang menyangkal pendapat ini dengan mengemukakan satu lagi istilah lain iaitu ‘penampar Jepun’ iaitu situasi di mana askar Jepun menampar penduduk dengan menggunakan tangan sahaja. Namun, kedua-dua pendapat dilihat saling berkait kerana adanya aksi menampar.

2) Sebagai kenang-kenangan rakyat terhadap zaman pendudukan Jepun.
Semasa zaman pendudukan Jepun, rakyat hidup miskin dan melarat. Oleh itu, untuk membayangkan kemiskinan pada waktu itu ialah dengan menggunakan pernyataan bahawa, selipar adalah satu-satunya produk yang mampu dibeli oleh rakyat sewaktu pendudukan Jepun. Jadi, selipar dinamakan dengan tambahan perkataan ‘Jepun’ demi mengenangkan tekanan hidup pada waktu itu. Jika pada waktu itu, Tanah Melayu dijajah oleh Jerman, kemungkinan ia dipanggil selipar Jerman atau selipar Nazi sesuai dengan identiti Jerman pada zaman itu.

3) Rekabentuk yang hampir sama dengan terompah Jepun; Geta dan Zori.
Terdapat juga kemungkinan ini kerana aspek peniruan atau mencontohi dalam industri pembuatan tidak dapat ditolak. Selain itu, berkemungkinan juga ia diperkenalkan oleh orang Jepun di Tanah Melayu. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ia mempunyai rekabentuk yang hampir sama dengan terompah Jepun.

Nah. Maka, terlerailah sudah misteri disebalik asal-usul selipar Jepun. Walaupun kajian yang dibuat masih belum meluas mahupun mencukupi namun apa yang pasti, selipar Jepun sememangnya ada kaitan dengan sejarah Jepun dan budayanya. Jadi, sesuailah ia dinamakan sedemikian. Kini, selipar Jepun wujud dalam pelbagai bentuk, gaya dan warna. Ia juga turut mendapat tempat sebagai produk keluaran jenama-jenama terkemuka dunia seperti Nike, Wild Channel, Adidas dan sebagainya. Namun, apa yang pasti, di Malaysia ia tetap dikenali sebagai selipar Jepun, bukan selipar Amerika, selipar Siam, selipar England atau selipar Malaysia. Sebagai menghargai sejarah selipar Jepun dan nilai estetikanya dalam budaya masyarakat negara ini, ayuhlah kita membeli sepasang selipar Jepun!


Kasut Bola

APALAH maknanya sepasang kasut bola? Orang lain pun ada juga! Memang benarlah begitu. Tapi masing-masing tentu ada ceritanya sendiri. Kebanyakannya memang ada membeli kasut bola, digunakan untuk bermain bola sepak beberapa kali untuk beberapa tahun, kemudian lusuh dan dibuang. Kasut bola saya yang sebelah kiri itu adalah hadiah dari Radio Malaysia RTM. Kira-kira 20 tahun lalu, suatu malam saya memang sudah bersedia dengan kertas dan pen ketika mendengar siaran Dunia Sukan kira-kira jam 10.00 malam. Saya kemudiannya menjawab kuiz Dunia Sukan(Arena Sukan?) itu dalam sekeping poskad dan poskan. Alhamdulillah, saya antara pemenangnya dan saya ambil hadiah itu di Pejabat Pos. Saya cuba juga jengok-jengok di kedai untuk tahu berapa harganya tetapi tidak menemu. Bagaimanapun kerap juga saya gunakan kasut ini dan pernah menjaringkan gol dalam perlawanan penting. Awal tahun 2008 adalah kali terakhir saya gunakan sebab sudahlah saiz lapan, apabila dibaiki terasa semakin sempit. Lalu saya beli yang baru (gambar kanan) bersaiz sembilan. Malangnya saya sempat pakai dua perlawanan sahaja. Dalam perlawanan antara fakulti itu saya telah diterjah dan disiku dengan kuatnya pada rusuk kanan. Akibatnya saya menderita selama sebulan. Saya rasa macam tulang rusuk itu patah dan bahagian yang patah itu mencucuk-cucuk daging sewaktu bergerak. Pernah saya terbangun jam 4.00 pagi dan mengucap panjang apabila melihat gerak-gerak pada rusuk kanan itu. Gerakannya macam jantung sedang mengepam darah. Rasanya saya dah taubat dan tidak akan bermain bola sepak lagi selepas ini. Bercakap tentang bola sepak maka teringat pula sebuah novel yang ditulis oleh Alias Ismail bertajuk "Priiit!" Saya rasa beliau memang kaki bola apabila tersiar pula cerpennya "Delusi" dalam Mingguan Malaysia Disember lepas. Novel "Priiit!" itu saya gunakan untuk 'assignment' bagi kursus Kesusasteraan Bandingan. Kebetulan juga Alias Ismail adalah antara penulis yang saya sempat "temubual" (berinteraksi) sambil makan tengah hari semasa Perhimpunan Penulis Muda di Tanjung Piai suatu masa dulu. Noktah.



1 comments:

ela said...

ok kew..??????????